Kepada kaum perempuan yang suka tengok drama Melayu, takkanlah nak suka-suka saja, tak nak ambil iktibar walaupun sikit.
1. Beli rumah sebelum kahwin dengan gigih. Kalau laki kau nak curang, takdalah nampak kau macam terhegeh-hegeh.
2. Buat simpanan banyak-banyak untuk masa depan. Kalau laki kau cari perempuan lain, kau tak takut andai ditinggalkan.
3. Pastikan kau ada pendapatan walau kau surirumah. Kalau laki kau pergi dulu, taklah kau harap simpati dan sedekah.
4. Kalau perlu untuk jadi lebih kaya daripada laki kau, apa salahnya. Bantu ekonomi keluarga. Tapi kena ingat kau tetap bini dia.
5. Jagalah laki kau dengan baik dan jangan biarkan dia selalu kesepian. Laki ni memang perlukan belaian dan perhatian.
Kesimpulannya, bini-bini jangan nak bergantung sangat kat laki. Kau kena ada banyak back up plan A sampai ke Z.
Kau tak tahu bila masa kasih sayang laki kau akan berkurang dan beralih kepada perempuan lain. Laki kau pun tak tahu.
Sekadar reminder. Saya ni nampak saja macam umur masih awal 20-an. Tapi saya ni dah berkahwin tau. Anak pun dah dua orang.
Mungkin nampak muda sebab saya kahwin muda. Semoga tiada cubaan yang bukan-bukan daripada orang ketiga. Haha!
Perasan.
Isteri saya terima lamaran saya seadanya masa saya masih belajar degree lagi tau. Sama-sama hidup susah tak cukup duit.
Tak ramai perempuan boleh terima laki yang takda kerja tetap walaupun laki tu hensem. Tapi dia tak kisah. Itulah namanya jodoh.
Doakan kami bahagia hingga ke syurga. - HF
#harithfaisal
aku paling suka baca tip2 simpanan ,xkisah lah simpanan secara paksa atau suka rela...bagi aku tip2 nie buka mata dan minda aku bertapa pentingnya saving tu sebenarnya...time2 ko terdesak,n perlukan duit walaupun xbyk ,altleast sgt2 membantu time bila dah terdesak ...lagi2 hujung2 bulan mcm nie...Cerita based on experiance kan...so sepanjang amalkan saving secara paksa,hasilnya dah boleh beli rumah,beli barang keperluan rumah baru,dan alhamdulillah selesa nk dibanding dulu xde saving...Dan aku sgt2 suggest korang buat 2 3 tempat saving duit tu...macam aku satu confirm ASNB ,dua tabung haji (kdg2 masuk kdg2 x )hahaha, ketiga tabung belanja harian namanya ...yang ketiga nie aku buat time aku tgh senang awal bulan or ada duit lebih sikit aku bubuh tiap2 hari atleast seringgit ,so akhir bulan biasa xcukup duit nk beli mknn so aku korek la duit dri sini ...ada lah mknn utk mengalas perut ... nak hidup kene beringat time senang kan...jgn joli sampai lupa diri (mcm aq) hahahaha...
aku bersyukur aku xperlu meminta simpati org utk hidup,alhamdulillah cukup utk aku dan keluarga...Allah tu adil ,Dia tahu bila kita perlu dan xperlu...bila xde duit tu kene check balik apa yg kurang ,mgkn terlalu berbelanja ,almaklum lah sekarang nie click je dah burn duit tu...hahaha (shopping online la apa lgi) kikiki...so lepas nie kene lebih cermat ...tpi jangan langsung berkira dgn suami n anak2 ko ,event mak ayah ko kt kampung tu ...selagi ko mampu beli utk n beri utk diorg just hulur je ...walaupun dalam poket ko tgl 1 sen je....ingat Allah dah janji ko bagi satu Allah balas 10 tau...ko bg RM1 Allah ganti RM10 ,ko bgi RM10 Allah ganti RM100 kt ko...xpercaya amal dan sentiasa tadah tgn after solat...jangan sombong terus lipat sejadah then belah mcm tu je tanpa meminta dari-Nya...Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dik...Semoga kita semua dilimpahi rezeki yang berkah..
Semoga apa sahaja yang kita buat untuk orang sekeliling memberi manfaat dan keberkatan dari-Nya,sy doakan awak2 semua cepat kaya ,dilimpahi rezeki yg berkah ,jgn lupa sedekah k.
LuAhAn hAti
...justtt...coollll...
Isnin, 5 Ogos 2019
Selasa, 30 Julai 2019
TAMAN TUGU ,KL
![]() |
MY BEST FRIEND (PEACE YOO) |
![]() |
COOOLLLL |
![]() |
belanja gambar sweet sikit ..muaahhh |
Khamis, 25 Julai 2019
HIDUP PENUH CINTA
kehidupan dibelai dengan pesona kasih sayang...
makin ramai yang menyayangi ,
makin terasa indah hidup didunia..
tetapi belaian itu harus di sentuh dengan keimanan,
barulah seimbang antara yang hak dan batil...
tersulam indah setiap madah ,
pujangga cinta bermadah ...
meniti bahagia hidup ,
moga kekal hingga ke penghujung...
rindu bukan sebarang rindu,
rindu berhembus menepi telinga,
rayu rindu hati ku rindu,
buat insan yang pernah bertandang...
sayang panggil sayang,
penuh rasa dan kasih,
sekali ku kata sayang ,
biar selama bersulam kasih...
senyum terukir fikiran melayang,
memikir tentang indahnya berlayar,
menjejak kasih antara sayang,
laut diredah api di telan...

Selasa, 23 Julai 2019
#notaparentingTaufiqRazif
Rasa Lelah Jadi Ibu?
:weary::weary::weary::weary::weary::weary::weary::weary:
Sabar dulu, ini mungkin tanda anda sedang mengalami Parental Burnout
Bila kita dah terlalu banyak buat kerja yang sama sahaja setiap hari & tak dapat sokongan daripada orang sekeliling, memang mudah terjadi Parental Burnout ni.
Itulah kenapa sebagai ibu :
:+1: Kena pandai curi masa untuk Me Time
:+1: Pandai pergi spa atau salon untuk Self Care
:+1: Pandai ajar pasangan kita psikologi perempuan yang perlukan pujian sebagai tanda Emotional Support

Pesanan diri
Pesanan diri: nukilan ini selalu ku jadikan penguat cinta untuk kembali bercinta dengan yang pemilik Cinta
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman.
Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.
Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.
Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula.
Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.
Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.
Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya.
Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur).
Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta?
Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang.
Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak.
Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.
Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan.
Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu.
Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.
Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi.
Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati.
Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?
Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak?
Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu a
kal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.
Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara.
Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati.
Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.
Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri.
Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.
Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung.
Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.
Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri?
Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu.
Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran?
Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya.
Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang.
Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya?
Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.
Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran.
Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu

berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah.
Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.
Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu.
Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!
MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

MANUSIA ITU INSAN
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
"Yang Menguasai sekalian manusia,
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
manusia itu lemah,
tidak perlu menghina sesama sendiri,
tidak perlu mencaci untuk kepuasan diri,
tidak perlu memaki ketika amarah berada dihati.
kasihanilah insan itu,
kerna dia berhak keatas ihsanmu,
akibatnya ,
dengan perlahan ia membentuk kebencian,
dengan perlahan ia menghancurkan kasih sayang,
dengan perlahan ia memadamkan cahaya kebahagian ,
yang ada dalam dirinya...
puncanya,
egoku,
salahku,
kebencianku,
kebebasanku,
hak aku...
hilangkan lah persepsi itu,
kerna aku tidak puas dengan persepsi itu,
persepsi yg menghukum benakku,
lepaskan persepsi itu...
biarkan ku bahagia.
sayang bertukar benci,
suka berganti duka,
sabar menghembur amarah,
cinta bersulam kemurungan..
itu yang kau mahu bukan,
diperlaku begitu,
rasakan akibatnya,
kerna xmenghargai pengorbanan ,
suka hanya menuding jari.
memohon ampun xpernah mengalah,
skrg ????
tawar yg kau rasa bukan,
hilang manis seri ku untukmu...
kau tetap manusia...
KAU TETAP MANUSIA SEMPURNA !!!!
Isnin, 22 Julai 2019
17 12 17
Pada pgi 16 dec,
Aku bgun mcm biasa, settlekn semua yg patut... Make sure semua clean n clear.. Sbb 2 bulan akan meninggalkan rumah sewa nie...
Aku bgun mcm biasa, settlekn semua yg patut... Make sure semua clean n clear.. Sbb 2 bulan akan meninggalkan rumah sewa nie...
Nak g mne tu cik adik??
Bercutikah? Lamanyaaaaa...
Pindahkah? Blum sampai masa...
Then???
Pindahkah? Blum sampai masa...
Then???
GDM on Diet control...
Kene serah diri awal la jawabnya...
Kene serah diri awal la jawabnya...
Genap 40 w 2 days, gigih dtg awal ke hosp. Sungai Buloh...
Isi borang semua, cik abg tgu luar dgn penuh kesabaran...
Isi borang semua, cik abg tgu luar dgn penuh kesabaran...
Aku kt dalam, kene check bukaan...
3 cm xbukak jugak kene induce la jawabnya...
Perkataan pun dah menyeramkn...
So doa byk2 supaya xkene induce...
3 cm xbukak jugak kene induce la jawabnya...
Perkataan pun dah menyeramkn...
So doa byk2 supaya xkene induce...
Ptg tu jugak kene warded, nasib ada katil kosong... Klu x bertapa lah aku kt labour room tu... Hahaha...
Mlm tu xleh lelap... Pusing sane, pusing sini... Menanti dan terus menanti...
Pgi tu dlm pkul 1,contraction bermula setiap 15 - 10 minit skali...
WOW... xtertahannya rasa mak cik dgn contraction tu... Ku tabahkn juga... Sesekali nurse berlegar, nmpk aku gelisah mungkin...
Sakit sgt ke?
_boleh tahan lah...
Dia check bukaan dh 3 cm...
_boleh tahan lah...
Dia check bukaan dh 3 cm...
Fasa induce terlepas, alhamdulillah...
Ditemani cik abg dlm whatsapp... Kebimbangan, kerisauan tntg keadaan diri ini...
17 dec
7.00 pgi
Sarapan mcm biasa...
Sarapan mcm biasa...
9.00 pgi
Nurse mula memanggil utk dihadapkn kemuka pengadilan... Dah mcm mahkamah pulak... Hahaha...
Nurse mula memanggil utk dihadapkn kemuka pengadilan... Dah mcm mahkamah pulak... Hahaha...
Diberi ubat cirit... Setengah jam memulas... Huhuhu... Sabar jela...
Ditolak ke labour room tepat jam 9.30...
Kelengkapan diurus, menanti CTG (keadaan baby stabil n 5-2 minute contraction).. Depan dh la jam dinding...
Hitung, anggar,kira....
10 pgi
11 pgi
12 tghari
1 ptg
Azan zohor berkumandang...
Hitung, anggar,kira....
10 pgi
11 pgi
12 tghari
1 ptg
Azan zohor berkumandang...
Contraction makin kuat...
Berbekal ilmu yg cetek, zikir tidak henti, istigfar, ayat kursi, doa nabi yunus, mcm2... Utk menahan sakit contraction... Hanya tuhan yg tahu seperti nk hilang nyawa sakitnya...
Berbekal ilmu yg cetek, zikir tidak henti, istigfar, ayat kursi, doa nabi yunus, mcm2... Utk menahan sakit contraction... Hanya tuhan yg tahu seperti nk hilang nyawa sakitnya...
alhamdulillah lahirnya purteri sulong yang diberi nama NUR RAISHA ADILAH BINTI MOHD NURUL REDZA.
doaku buatmu sayang:-
Semoga menjadi anak yang solehah
penyejuk mata penenang hati buat ayahbonda,
Semoga hidupmu diberkati didunia hingga di syurga kelak,
Semoga tercapai hajatmu duhai anak,
Semoga dilimpahi rezeki yg berkah keatas mu duhai anak ku.
Langgan:
Catatan (Atom)