Isnin, 15 Julai 2013

WARKAH BUAT YANG TERSAYANG

jika hari ini dirimu cukup sempurna,
cukup segalanya,
penuh ilmu di dada,
penuh tinta sejarah panglima,

jangan pernah engkau menafikan,
segalannya datang dari yang MAHA ESA,
jangan pernah sangka,
jika hari ini,
dirimu bertudung labuh
berkopiah juga berjubah....
jangan mengharap,
hari esok semua itu akan kekal...

kerana apa???
kerana apa wahai hamba yang hina!!!

pemilik iman mu adalah PENCIPTA MU...
pemilik dunia mu adalah YANG MAHA PENGASIH,
pemilik kebaikan adalah YANG MAHA MENGETAHUI,
pemilik hatimu adalah YANG MAHA MELIHAT....

jangan engkau dongak ,
penuh angkuh di dalam keduniaanmu,
jangan engkau berbicara 
sombong di dalam ilmu mu...

sesungguhnya ,
jika DIA berkata JADI maka JADILAH...
nescaya ENGKAU akan MENYESAL
PENYESALAN MU  adalah
PENYESALAN  penuh KEKOSONGAN ...

_sekadar perkongsian untuk PARA DAI'E_

berwaspada dalam setiap tingkah laku mu,
berhati disetiap tutur bicara mu,
kerana di sekelilingmu memandang,
Allah juga MAHA MENGETAHUI...

_NIAT KERANA ALLAH_